Tuesday, May 29, 2012

Filem Angker

Dewasa ini, filem-filem baru ditayangkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Berlambak filem daripada pelbagai genre dikeluarkan.Ada yang mendapat sambutan hangat dan ada yang sebaliknya.
Namun,penonton hanya tahu apa yang ditayangkan dan bukannya apa yang berlaku disebalik tabir.
Penonton mungkin tidak tahu bahawa bagai ada kutukan muut mengiringi produksi filem itu.
Pelbagai kemalangan yang berlaku di set pengggambaran.Adakah ianya sumpahan atau hanya satu kebetulan....???

HARRY POTTER




 Kononnya, sumpahan filem ini bermula apabila Richard Harris yang melakonkan watak guru besar bernama Dumbledore.
Richard mati akibat penyakit kanser pada Oktober 2002.Beliau hanya sempat berlakon dalam dua siri terawal filem tersebut iaitu The Philopser's Stone dan The Chamber of Secrets.
Pada Mei 2008, seorang lagi pelakon iaitu Rob Knox mati ditikam di luar sebuah bar akibat satu pergaduhan.Rob membawa watak Marcus Belby dalam siri Harry Potter and the Halfblood Prince.
Pelbagai masalah juga dikaitkan dengan set penggambaran filem popular itu seperti set yang rosak kerana dipanah petir.
Malah,kesan khas yang dilakukan sewaktu penggambaran di Surrey.England banyak yang tidak menjadi dan terpaksa dilakukan berulang kali.

Poltergeist

 

Salah satu genre filem seram yang popular dikaitkan dengan pelbagai misteri dan kutukan. Kebanyakannya dikaitkan dengan nasib malang yang menimpa para pelakon.
Walaupun filem ini mencetuskan fenomena dan pecah panggung sekitar 80-an, tetapi ia juga popular dengan kematian yang dikaitkan dengan para pelakonnya.
Ianya bermula apabila Dominique Dunn,salah seorang pelakon Poltergeist I mati dibunuh oleh bekas kekasihnya pada tahun 1982.
Kemudian,pada tahun 1985,Julian Beck yang berlakon sebagai roh jahat dalam Poltergeist II pula meninggal dunia kerana penyakit kanser perut.
Sumpahan itu berterusan apabila pemegang watak roh baik dalam Poltergeist II iaitu Will Sampson turut ditemui ajal sewaktu menjalani pembedahan pemindaan jantung.
Malah,pelakon watak budak kecil dalam filem itu,Heather O'Rouke pula maut sewaktu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ususnya yang tersumbat akibat jangkitan kuman.
Seorang lagi pelakon iaitu Louis Perryman pula mati dibunuh dirumahnya pada April 2009.Loius berusia 67 tahun sewaktu menemui ajal.
James Kahn juga pernah menceritakan peristiwa aneh yang dialaminya sewaktu menulis skrip filem tersebut.Sebaik selesai menulis ayat untuk skripnya yang berbunyi 'lightning ripped open the sky' sejurus itu bangunan tempat tinggalnya disambar petir.

The Exorcist

 

Filem ini popular sekitar tahun 70-an.Filem ini ditulis berdasarkan kisah benar yang menimpa seorang budak lelaki yang dirasuk hantu pada tahun 1940-an
Sebenarnya,bukan hanya setakat dalam filem,pelbagai kisah seram dan misteri turut berlaku di luar set penggambaran.
Pernah set penggambaran terbakar tanpa sebab sehingga set terpaksa dibina semula.Pelakon utamanya,Linda Blair turut dirasuk ketika berada di set penggambaran.
Malah beberapa kru filem menemui ajal semasa filem tersebut masih dalam penggambarab. Malah,banyak kecederaan dan kematian dilaporkan melibatkan ahli keluarga mereka yang terlibat dalam penggambaran itu.
Selain itu,sewaktu dipertontonkan kepada umum,banyak kes histeria dilaporkan berlaku kepada penonton sehingga ia diharamkan di England.

The Crow

 

 Filem lakonan Brandon Lee ditayangkan pada tahun 1994.
Filem ini juga dikaitkan dengan sumpahan kerana banyak peristiwa aneh.
Antaranya,seorang petugas telah terbakar tubuhnya setelah kren yang dipandu melnaggar talian voltan tinggi.Seorang lagi petugas pula kemalangan setelah keretana terbabas ke dalam kedai.
Dan kemuncaknya,apabila pelakon utamanya iaitu Brandon Lee maut setelah tertembak menggunakan peluru hidup tanpa sengaja sewaktu beliau sedang menjalani penggambaran berkenaan.
Anehnya,tiada siapa tahu bagaimana peluru hidup boleh digunakan dalam pistol berkenaan.Sedangkan pada asalnya,tiada peluru hidup digunakan sewaktu adegan tembak menembak iti.

Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran.
Adakah ia sumpahan..?
Adakah ia kebetulan..?
Adakah ia satu agenda oleh satu pertubuhan rahsia..?
Apa yang pasti,setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah..

















No comments:

Post a Comment