Sunday, May 27, 2012

The Locker # 1


" Kenapa..?Sepatutnya kau tinggalkan surat tu kat locker pastu bagi kunci Locker tu kat dia.Slow lah kau ni"
"Aku ada dengar cerita,de sorang pelajar perempuan tu kena rogol dan menggandung.Tapi dia tak dapat nak besarkan anak dia tu,so dia buang anak dia at locker"
"Betul tu..aku pun ada dengar.Orang jumpa budak tu tapi da mati.Perempuan tu pula bunuh diri.Sejak dari hari tu,siapa yang guna locker tu mesti kena bunuh dengan sumpahan tu"
Ayano hanya memerhati dan mendengar perbualan rakan-rakannya.Sikit pun dia tidak peduli dengan perbualan yang dibincangkan

Ayano memerhatikan cikgu Reika nya yang sedang tidur.Sambil menanti disisi cikgunya,dia mengimbau kembali perbualannya bersama cikgu beberapa bulan yang lalu
 "Saya dilahirkan tanpa mak.Mak mati bila lahirkan saya.Sebab itu ayah saya benci saya. Ayah ingat saya ni membawa malang dan menyebabkan mak mati.Kerana itu dia tak balik rumah.Dia buang saya"
"Jangan cakap macam tu Ayano.Tak ada seorang bayi pun yang lahir tanpa kemahuan orang lain"
"Cikgu..boleh cikgu nangis untuk saya bila saya mati?"
"Ayano,saya akan marah kalau kamu terus cakap benda-benda mengarut ni"
"Tak ada seorang bayi pun yang lahir tanpa kemahuan orang lain.Saya suka ayat tu.Saya patut jadikannya sebagai personal motto.Terima kasih cikgu,kerana sayang saya"
 Katil bergegar,Cikgu Reika meronta-ronta ke kanan dan ke kiri.Terbang semua khayalan sebentar tadi.
"Cikgu...!!Cikgu tak apa-apa ke..? Tolong..!!! Cikgu kenapa ni? Hey! Tolong lah..Dia akan mati.. Cikgu..!!Seseorang cepat lah"
Ayano terdiam.Tak percaya bahawa Cikgu Reika sudah berhenti memeronta.Bagaikan sudah tidak bernyawa lagi.

"Nak pergi mana-mana tak.Macam mana dengan karaoke"
"Karaoke..?" Ayano memerhati Shinohara.Dia tahu Shinohara dan kawan-kawan yang lain cuba nak ceriakan dia.

Dr Ryu melangkah masuk kebiliknya
"Ryohei is in police custody" kata Dr Ryu pada pembantunya
"Ryohei? Maksud Doctor kawan cik Reika?"
"Yup.Tapi dia mati selepas dia dijumpai.He looked terrified of something and he died of shock. Fukami dan Rieka mati kat hospital ni.Ryohei pula mati kat Shibuya.Takahara pula dibawa polis after his unnatural death.Selepas tu Yuna,Yanagi dan Miyano?? Bila semua mati in the same circle of friends,polis mula ragu.Dorang tak habis paksa saya untuk siasat puncanya. Masalahnya bukan senang" jelas Dr Ryu

 Ayano merenung kunci yang bernumbur 0009.
Kunci yang diberi oleh Cikgu Reika beberapa minit sebelum dia pergi selamanya iaitu ketika dia sedang meronta-ronta.
"Macam mana dengan locker kat Shibuya yang bagi tuah tu? Orang kata,kalau luahkan perasaan kat depan locker tu,pasti segalanya akan berhasil.Macam manalah orang boleh percaya dengan perkara macam tu.Bodoh betul." kata Ayano pada Cikgu Reika
"Saya terkejut.Saya ingat gadis sebaya kamu suka benda-benda macam tu"
Perbualan yang lalu bermain diminda Ayano.Dia teringin nak cari locker tu.Apa yang Cikgu Reika simpan dalam locker tu.

Setiap hari selepas sekolah,Ayano mencari locker 0009 di Shibuya.Dia pergi ke semua locker yang ada di Shibuya.Namun kesemuanya tidak sepadan dengan kunci tu.Bagai ada satu cahaya harapan buat Ayano bila sampai di locker yang ke 8 cariannya.


bersambung..


No comments:

Post a Comment